Sunday, July 17, 2011

Albert Bandura

Hari ini rakan sekelas termasuk saya belaja ttg Teori Pembelajaran Albert Bandura. Mula-mula rasa bosan, pastu cikgu suruh kami cari ciket2 maklumat about Pembelajaran Albert Bandura nie..huhu…saya dengan kawan saya pun cari.(ILA MUJAHIDAH)..xplore punya xplore akhirnya jumpa la kat blog org nie..kami lebih fokuskan pencarian dalam internet jer…sbb xda buku bha..huhu..cyan kan…Jadi nie la hasil pencarian kami…korang kat luar fahami la teori pembelajaran Albert Bandura nie..bez tau…hehehe

PRINSIP PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN/ PERMODELAN

1. Tumpuan Perhatian(Pemerhatian)

Individu menumpukan perhatian dan memerhatikan perlakuan model berulang kali.

2. Penyimpanan dalam Ingatan (Mengingat)

Langkah-langkah perlakuan model akan disimpan dalam ingatan oleh pelajar. Pemerhatian perlu disimpan dan dikekalkan dalam ingatan dan akan berlakunya proses mengelas, menyimpan dan merekod.

3. Pengeluaran (Reproduksi)

Maklumat, tingkahlaku dan kemahiran yang disimpan dikeluarkan dalam bentuk perlakuan. Kecekapan ini bergantung kepada keupayaan fizikal dan kemahiran tiruan motor pemerhati serta kemahiran mengingat dengan tepat.

4. Motivasi dan Peneguhan

Sekiranya Individu berasa seronok dan mendapat peneguhan daripada orang lain, maka tingkahlaku itu akan diulangi dan dikukuhkan

Nanti I post ag yg lbh mendalam pasal Teori Pembelajaran Albert Bandura nie k…Senyum Sokmo..

No comments:

Post a Comment