Thursday, October 18, 2012

::Tentang Wuduk::

--Assalamualaikum w.b.t--

Fakta Menarik Tentang Wuduk

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.
Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.
Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

DOA-DOA ANGGOTA WUDHUK (
-MENSUCIKAN ZAHIR DAN BATIN-

Dalam adab berwudhuk, Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a telah menggariskan panduan doa-doa yg dibaca ketika membasuh setiap anggota wudhuk.


1.    Ketika berkumur-kumur bacalah:
Ya ALLAH, Permudahkanlah aku untuk membaca kitabMU (Al-Quran) dan untuk memperbanyak berzikir kepadaMU dan kukuhkanlah aku dengan perkataan yg kukuh (La Ilaha Illallah) di dunia dan di akhirat

2.    Ketika memasukkan air ke dalam hidung, bacalah:
Ya ALLAH, ciumkanlah akan hidung ini akan bau wangi syurga sedangkan Engkau redha daripadaku

3.    Ketika menghembuskan air dari hidung pula, bacalah:
Ya ALLAH, aku berlindung dari bau busuk neraka yg Engkau cipta dan daripada kejahatan tempat kediamanku

4.    Ketika membasuh muka, bacalah:
Ya ALLAH, putihkanlah mukaku dengan nurMU pada hari kiamat dan janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapanMU seperti hitamnya muka musuh-musuhMU

5.    Ketika membasuh tangan kanan, bacalah:
Ya ALLAH, berikanlah kepadaku catatan amalanku di tangan kananku dan hisablah aku dengan hisab yg mudah

6.    Ketika membasuh tangan kiri pula,bacalah:
Ya ALLAH, janganlah Engkau berikan catatan amalanku di tangan kiriku atau daripada sebelah belakangku

7.    Ketika menyapu kepala bacalah:
Ya ALLAH, liputilah aku dengan rahmatMU dan kurniakanlah aku berkatMU, dan naungilh aku di bawah naungan arasyMU di hari yg tidak ada naungan kecuali hanya naunganMU. Ya ALLAH, haramkanlah rambutku dan kulitmu daripada sentuhan api neraka

8.    Ketika membasuh telinga bacalah:
Ya ALLAH, jadikanlah aku hambaMU yg mendengar perkataan yg baik lalu mengikutinya. Ya ALLAH, perdengarkanlah kepadaku suara pemanggilsyurga di dalam syurga bersama dengn orang yg baik

9.    Ketika membasuh tengkuk bacalah:
Ya ALLAH, bebaskanlah tengkokku ini daripada api neraka dan aku berlindung denganMU daripada segala rantai dan belenggu di dalam api neraka

10.  Ketika membasuh kaki kanan bacalah:
Ya ALLAH, tetapkanlah kedua kakiku di atas titian Siratul mustaqim bersama dengan kaki-kaki hambaMU yg soleh.

11.  Ketika membasuh kaki kiri pula, bacalah:
Ya ALLAH, aku berlindung denganMU daripada tergelincir kakiku ke dalam api neraka ketika aku melalui titian siratul mustaqim. Di mana pd hari itu akan tergelincir kaki-kaki orang munafik dan musyrik


Eqah sendiri pun baru nak mula amalkan doa-doa nie.. Moga eqah sentiasa istiqomah melakukannya. Insya Allah
-Wassalam-

Sunday, October 14, 2012

::Buku Log PPIM::


~Assalamualaikum w.b.t~

Alhamdulillah, hari ini Allah masih meminjamkan nikmat nyawa dan kehidupan selepas dimatikan sementara.

Hari eqah nak story cikit la..

Sejak akhir2 nie, eqah rajin menghupdate belog. sebab eqah nak bersihkan belog eqah yang banyak sawang nie. hehehe.

ok. back to main point..
eqah nak cite malam tadi eqah tidoq pukul 2 pagi.. cyan kan. tapi sempat lagi kan menghupdate belog nie..hehe nak tau nape eqah tdoq lambat, sebab eqah kene siapkan buku log PPIM. huhu.. Minggu lepas lect bagitau dengan ketua puteri suruh ahli PPIM semua hantar buku log.. Bila eqah dengar jer.. aigoo pengsan la nie.. banyak g eqah x salin tau..

padan la muka eqah kan, sape suruh x wat catatan dalam buku log every week. xcuse me, xtually eqah eqah ada salin tau. cume x tulis dalam buku log jer.. eqah tulis dalam buku catatan lain. alamat nyer kene salin balik. tapi dalam catatan eqah x letak tarikh la.. hmm.. kene lar cari buku kengkawan yang lengkap tarikh dye. adoyai punya manyak keje.. dah tu kene cari balik hardcopy nota-nota yang diberi lect n kengkawan dalam presentation. selongkar punya selongkar jumpa jugak.. alhamdulillah

eqah ingatkan tidoq jam 2 pagi bleh la siapkan buku log.. rupanya tidak.. paginya eqah kene sambung balik keje tertangguh.. tapi sies eqah ngantok tol.. tahan2. sabaq no.. huhu
dan akhirnya.. Alhamdulillah, siap tau.. heheh.. juz perlu kemas kini lagi..

ok.. nie la hasilnye.. mb x la sekemas rakan-rakan yang menaip gune laptop.. eqah over rajin.. tulis gune jejari jer.(jari jemari eqah) .. fenat owh..


-my buku log PPIM-



-isi kandungannya-



-ikatan-ikatan pun kena tampal dalam buku log-


tu jer nak 4 today ya... daa.. nak tido dulu jap.. qadak tido..hehehe

~wassalam~
^_^

Friday, October 12, 2012

::Palestin Tak Pernah Gentar::


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Tajuk : Palestin Tak Pernah Gentar

Pengarang : Zulkifli Mohamad Al-Bakri & Fatimah Syarha Mohd Noor

Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd

Buku ini telah eqah miliki hampir 5 bulan yang lepas.. lepas habis je musim eseimen sem nie, eqah ambil kesempatan baca buku nie b4 mggu study week menjelma..
Sebak bila eqah baca buku nie, hati mula merintih memohon sesuatu..

Bumi Palestin Bumi Islam 

(Firman Allah s.w.t dalam surah al-A' raf ayat 128)

Maksudnya : Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa".

(Dalam ayat lain Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Anbiya’ ayat 105)

Maksudnya: dan Demi sesungguhnya, Kami telah tulis di Dalam Kitab-kitab Yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu Yang soleh".

Subhanallah.. itu lah janji Allah..
Berdasarkan ayat di atas, sememangnya jelas bahawa Palestin ialah Bumi Islam dan akan kekal seperti itu..

tinta penulis:

Seorang wanita mencari anak gadisnya yang hilang dalam timbunan puing-puing bangunan runtuh, peluru bersimbang-siur berdesir di telinganya, dia terus menjerit dan meraung-raung atas kehilangan itu.

Wanita itu berlari-lari tanpa arah lagi mencari anak lelakinya yang masih kecil yang telah terlepas daripada pautan tangannya dan dilihatnya di celah-celah gelimpangan mayat-mayat itu ada sekujur mayat kanak-kanak yang masih memegang senapang mainan di tangannya, itulah anaknya.

Wanita it uterus menangis serta menampar-nampar mukanya mencari suaminya dan di lantai dilihatnya titisan darah... Syahid!!! Syahid!!! Syahid!! .. Jeritnya

Seorang lelaki sedang mengusung jenazah sahabatnya yang berlumuran darah, kepalanya telah terkulai, yang lain sedang menjerit-jerit mencemuh dan memohon pertolongan dan manusia di Bumi Palestin sangat gawat, dentuman bom seperti membelah bumi, peluru seperti taufan menbedil musuh dan lawan.


p/s buat diri sendiri:
“Kita sekarang hepy jer menikmati kesenangan dunia ini. sedangkan masih ada lagi saudara-saudara kita dalam kesusahan”

استغفر الله

Ya Allah selamatkan bumi Palestin, lindungi mereka di sana.. amin T_T

Wahai sahabatku, usai setiap solat, jangan sahabat lupa doakan kesejahteraan saudara kita di sana. Eqah tau, kadang2 eqah pun lalai dengan nikmat dunia, kadang2 kita perlu beringat-ingat akan kesengsaraan saudara kita di sana.

“MEMBURU MENANG ATAU SYAHID??”
-muhasabah diri di pagi yang indah ini-
الحمد لله
wassalam

Saturday, October 6, 2012

::Hari Unit Beruniform and My Buvday Celebration::


~ASSALAMUALAIKUM SEMUA~

Waduh2 rupanya lama eqah x update blog rupanya…huhu..banyaknye sawang2 labah-labah kan...hehehe.. (^_^)

xtually eqah nak bagitau eqah fenat sebenarnya masa minggu nak dekat hari UB.. Dah la bzy dengan assignment bz, bz lagi dgn latihan kawad, persembahan kebudayaan and pertolongan cemas. eh2.. eqah nie, tamak tol.. semua nak masuk. padan la muka tu fenat kan.. hehehe..

sbenarnye eqah nak kaut semua pengalaman.. eqah bukan nak mengadu fenat.. tp eqah nak bagitau setiap perkara kita wat mesti ada practise.. Lect eqah bagitau “practise make perfect”.. betol sangat2 apa lect eqah bagitau tu.. nak tau nape.. hehehe..

sebelum tu, eqah bagitau dulu.. eqah ambil unit beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM).. 




ini lah kami.... PPIM..

Ok..back to the main point.. dengan practise la... eqah and rakan-rakan seperjuangan PPIM dapat jeng-jeng................................


.............................................
......................
............
.......

Tempat ketiga dimenangi oleh PPIM dalam Pertandingan Kawad



(yepi.... ^_^)


Johan Persembahan Kebudayaan dimenangi oleh PPIM
(alhamdulillah.... Waaaaaa... buat sorakan semua)
No 3 x cukup
No 2 x cukup
Bagi kami no 1



Pertolongan Cemas xdapat no.. walaupun xdapat no tapi kan eqah hepy n gumbira (eh..apa la beza nya) sebab diz is my 1st experience tau.. sowie kengkawan..eqah dah try my bez..



neves eqah masa nie Allah ja tau.. 
(eqah try buat balutan di kaki mangsa cedera)




Masakan Rimba PPIM dapat no 3.. Tapi nie DPLI yang join..
(sedap sangat... masakan ibu2)




Pameran PPIM dapat no 2.. DPLI jugak yang join



Pungutan mata keseluruhan tempat ketiga dimenangi oleh PPIM
(Yepy skali lagi PPIM.. Bangga jadi ahli PPIM nie.. Alhamdulillah rezeki kami)


Hari Unit Beruniform nie berlangsung pada 3.10.12... Buvday eqah 2.10.. 1stly mula2 eqah sedih gak.. kengkawang x wish buvday eqah.. mungkin jadi trend kot.. xwish buvday masa org tengah buvday. bukan kengkawan je tau, my Mr. Beybit pun x wish.. bukan x wish.. dy wish lambat tol.. haiya, lagi cdih hati ini..

Then..jeng2................


Masa Hari Unit Beruniform tu kengkawan n Mr. Beybit plan something... Aigoo... seriously eqah xperasan pun drang nak kene kan eqah.. Masa tu habis dah penutupan Hari Unit Beruniform.. Jadi, eqah pun nak blik la.. ajak la Cik Tulip Inzell blik.. B4 blik eqah and Cik Tulip Inzell bersihkan surau dulu.. tgok macam berhamburan je.. Then, bila eqah keluar dari surau Mr. Beybit panggil eqah, tp eqah x layan.. sbb masa tu xda mood.. fenat bro...hehe. pastu tiba Cik Bal datang, suruh Eqah ambil kain anduh eqah.. eqah cakap la, eqah xde kain anduh.
pastu jeng, jeng, jeng,________________________________
______________________________________
____________________________
______________________
______________




tgok baju yd eqah pegang n muka eqah...tepung2 mari


Waduh my eyes.. nape nie.. ada taufan mana nie yg tiupkan pasir2.. eqah ingat pasir. skali rasa rupanya tepung.. eeee... sape punya angkara.. then, dengar la kengkawan nyanyi lagu “Hepy Buvday” and “Allah Selamatkan kamu”.. waaa..hepy2.. masa tu eqah sebak dah.. nasib baik ada tepung untuk cover.. hik2

Thanx Mr. Beybit and my Friends Cik Tulip Inzell, Nuramalina Athafunnisa, Cik Najwa al-Helsy, Cik Sal Violet, Cik Farah Hawani n Cik Yan elrose.. eqah sangat2 menghargai.. sayang al-pai..
tengok la.. apa dah kejadian muka eqah...ish2.. xpe2 nanti eqah kene kan korang blik. jga2 ya..hik3



buvday girlz x leh marah
Cik Najwa alhelsy tengah ambil gmbo masa nie (thanx ya)




my buvday (thanx mr. beybit)

Banyak lagi eqah nak cite nie.. ok malam b4 eqah buvday.. eqah dapat 2 ekor arnab from Mr. Beybit.. sangat comey.. macam tuan punya arnab..


nah tengok la........



nie name dye si Bebit..sangat manje ma eqah



nie plak si bunny..ee..sangat2 gemuk dan comel..


Masa date buvday eqah tu..orang yg 1st ucap my buvday is my frend dari primary school.. thanx fwen.. walaupun lame dah x ketemu masih jugak kau ingat buvday ku..heheh.. pastu ofkoz la my parents n my siblings.. thanx sume.. xlupa to my alpai frend, my best frend in secondary school, kuzie-muzie, kwn2 facebuku..

________________________________________________________________________________
(something happen)
Mak sms, bagitau la.. mak ada nak bagi something nie untuk buvday my eldest sis n me.. but something happen wif that present.. mesti nak tau kan apa yg berlaku.. biarla rahsia.. my ayah said, biar la ‘benda’ xda.. nanti akan bertambah lagi rezeki kita..Orang wat kita gitu, biarla Allah yang balas my ayah said... ya Allah..terima kasih sebab dikurniakan ayah yang sangat bersabar ni.. apa2 pun hadiah xpenting.. apa yang penting eqah sangat sayang family eqah.. rindu3…

oke la.. banyak tol eqah berceloteh kan. almaklumla lame xupdate.. hehehe..
dadaaaaaaaaaaaaaa.. jumpa lagi di lain hari…




--wassalam--

Friday, August 3, 2012

Saya Budak Baru Belajar "Photoshop CS3"


~Assalamualaikum evelybuddy~

Hari nie eqah nak cite ckit.. Pasal eqah skarang bergiat belajar dengan en. Adobe Photoshop Cs3.. Eqah tau ramai dah tau gune photoshop nie.. n mb CS3 nie yg lame kot coz skrg kan ada cs6 dh.. tapi xpe la kot, bagi org yang mula belajar macam eqah nie gune CS3 pun jadi la.. kan3.. Mesti ramai yg akan cakap " eeee...kuno nyer eqah, baru nak blaja".. klu org nak cakap gitu eqah x kisah...heheh.. sbb bagi eqah semangat nak blajar tu yang PENTING... kan????

Eqah ada sifu sendiri. Tapi sifu eqah pun slalu bz..heheh.. xde mase nak ajar eqah.. tapi eqah try n error search internet, u-tube n so on la.. asalkan eqah leh blaja kan.. bagi eqah blaja slow2 lame2 jadi bukit gak kan.. Thanx to d others blog yg byk bagi tutorial cs3 nie..

Nie first editing eqah with photoshop cs

 Yang nie eqah edit utk header blog eqah... wlupun masih byk yg eqah perlu blaja,, tp eqah puas hati sbb eqah dh pndy gune ckit2 photoshop nie..


Pastu eqah try n error search gune internet je..nie la jadinye.. masih x comel kan.. huhuhu… budak baru blaja mmg gni la..


Nie pict eqah terapung di udara...hihi... background dy eqah ubah..hhii.. 
my 2nd editing


Then, eqah kol sifu eqah.. pliz2 help eqah.. eqah nak blaja la photoshop nie.. sifu ajar la..tp we just kontek wif fon only... nasib baek sifu ajar one by one.. jd sng eqah faham.. wiiwii.. ok cikit kot kan.. Cume eqah kene usaha lebih cikit kan..


waa... xsangka kan... eqah dah p paris (eifil) with mimie ahmad la...heheh..
my 3rd editing..

Jadi nie tu la hasil-hasil nyer eqah dh blaja..heheh.. pic yang ketiga tu ada sifu yg ajar tula agak ok cikit kot berbanding yang di atas... apa2 pun eqah nak try pic lain g.. tolong eqah gak k... harap2 eqah leh xplore byk g berkaitan photoshop nie... heheh

oke... nantikan editing eqah yg sterusnya k...

~wassalam~

Friday, July 20, 2012

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk suma warga muslim....
Entry kali nie nak cite ckit pasal perasaan aku nie... Bila tau esok start puasa dah tibe2 hati rasa sebak.. Napa ya??? Xtually,,, Mb I miz my family at sarawak...wuuwuu.. hati nie memberontak n ingin ku jerit satu dunia..

AKU NAK BALIK!!!!!!! T_T

Tapi ini lah hidup sorang anak perantauan... sejak jadi anak perantauan blum pernah ag sambut puasa first at my lovely home & with my lovely parents.. usually, bila first puasa my mom akan masak masakan mmg kaw kaw la.. sebab nak buka selera kami adik-beradik di awal pagi (bersahur) thanks mom ..wuwuu..tp bila dh berjauhan nie blum tentu lagi aku bersahur.. klu nak bersahur komprem makan Maggie kot.. oh Maggie kaula peneman setia waktu pagi ku... wahahah…

Pa2 pun my lovely parents n my lovely siblings, mat berpuasa ya... jom top up apa yang patut...banyak kumpul pahala bulan puasa.. k2.. ^_^

Dan untuk semua warga muslim,

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK


....Jum ramai-ramai kita niat puasa untuk esok ya....


...antara ibadat sunat yang boleh dilakukan...

sama-sama kita tunaikannya



nie salah satu tips nak jaga amalan kita supaya ibadah yang dilakukan diterima oleh ALLAH swt





oke...nie saja entry kali nie...
jumpa lagi nanti di lain hari... ^_^

wassalam

Thursday, June 14, 2012

OH POLITEKNIK KUCHING OH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (KL)

<BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIm>
ASSALAMUALAIKUM, PEMBUKA BICARA ^_^

Entry kali nie nak tulis pasal apa ek???
Hehehe….. aku nak crite hal adik aku la…tgok tajuk entry aku, msti korang feLl weird kan….
Sebenarnye aku kesian kat adik aku nie…dy dapat 2 tawaran di atas tu…cyan dy…konpius nak pilih yang mane satu…cyan kan… banyakkan istikharah la adik..


apa2 pun tahniah to my adik Asyraf bin Saupi... i know u can get it,, heheh

Apa?????

Korang xcye???

Tgok surat tawaran di bawah nie….


Kat UTM KL adik ku dapat course DIPLOMA SAINS KOMPUTER (ICT)

Mentang2 aku study kat sabah, pastu ko plak nak p jauh dari tu...hehehe (jeles nie).... hehehe gurau je... takkan dengan adik sendiri pun nak jeles kan...bangga lagi ada la...


Then kat Politeknik Kuching dapat course DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI)

Klu aku????, aku nak adikku masok u jer…tp adikku lebih berminat course yang bakal dy ambil di politeknik..terpulang la adik ku…asalkan ko bleh handle n blaja betol2 k…yang paling penting asalkan ko BAHAGIA…wakakak….lagipun adikku cakap jauh betol nak p KL…hahaha….manje nyer…al maklumla xpernah berpisah dengan parents aku…klu aku lain la, dari F1 ag dok asrama…huhuhu… wuwuwu…tetibe rasa sedih…. T_T

After discuss2 dengan keluarga semua  n collect info2 dari org berpengalaman (pakcik,makcik n all yang terlibat) semua sarankan adikku pegi Poloteknik Kuching .. Sebab klu masok poli banyak blaja kemahiran klu kat u banyak blaja teori…betol ker??? Betol la kot…
Jadi final result adikku pilih Politeknik Kuching… Start mendaftar 8 Julai 2012 nie..
Apa2 pun tahniah dik… Moga Berjaya ya.. blaja rajin… Sori la xdapat nak ikut ko g lapor sbb aku dh blik hostel…

::Pesanan untuk adikku::
1.    Ingat Allah slalu n solat jangan tinggal k… utk bekalan akhirat nanti..ingat tu.. mak slalu cakap..
2.    Mesti struggle betol2.. jgn nak bercintan-cintun jer tau
3.    Jangan mudah terpengaruh dengan benda2 negatif terutama terikut2 dengan orang yang MEROKOK.. klu aku tau ko merokok jaga ko…hahaha (mcm ganas tol kan??)
4.    Doaku sentiasa mengiringi setiap kejayaan adik-beradik ku… ingat adikku biarla ibu bapa kita menangis kerana kejayaan kita k…wiwiwi….feeling2 cdih la plak..

Ok deh..tu jer kot…heheheh…

Dadaaaaaaaaaaaaaaaaaa… Moga ketemu lagi ya blog…hehehe

<WASSALAM>

Saturday, June 9, 2012

NOVEL-SEHARUM WANGIAN SYURGA


BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM....
UPDATE BLOG YANG TENGAH BANYAK SAWANG NIE....KALI NIE AKU NAK CITE PASAL TUTTT.......

Cuti-cuti sem ku kali ini banyak ku habiskan dengan baca novel…hehehe…xtually novel yg ku beli nie guna duit baucer hari tu..Masa tu tengah berhempas pulas untuk struggle dgn exam …jd time cuti nie la aku ambik kesempatan baca novel..hehehe
Salah satu novel yg aku baca……..
Nie dia………….



Novel nie best sangat…novel islamik…walaupun org lain ramai dh baca novel nie, tp xpe heheh…
Nie dy serba sedikit synopsis novel nie…
Fuhh mmg layan….jum baca

ALIFF FAHMI redha apabila pertunangannya terpaksa diputuskan kerana fitnah yang melanda. Dia tekad. Dia berhijrah untuk memulakan hidup baru. Namun, belum sempat dia mengecap kebahagiaan di tempat baru, sekali lagi dia diuji. Pertemuan dengan Anis membuatkan hidup Aliff Fahmi kacau-bilau. Gadis itu telah meluahkan rasa hati kepadanya. Kecewa kerana kasihnya ditolak lelaki itu, Anis nekad mahu membunuh diri. Aliff Fahmi cuba memujuk, tapi tidak diendahkan.

“Ya ALLAH, jika gadis ini nekad untuk mencabut nyawanya, tolonglah… jadikanlah sesuatu sebab yang boleh memberikan kesempatan untuk dia bertaubat kepada-MU!” Itulah doa Aliff Fahmi. Akhirnya dia bersetuju untuk mengahwini Anis.

Perkahwinan itu bukan sahaja menyelamatkan nyawa Anis, malah megubah diri Anis menjadi Muslimah sejati. Namun janji ALLAH tidak ada siapa yang dapat menghalangnya. Anis pergi menghadap ILAHI ketika kandungannya berusia dua bulan.

Aliff Fahmi berasa kecewa kerana kehilangan insan tersayang. Namun, dia pasrah pada qadak dan qadar ALLAH. Bagi menenangkan jiwa, dia memilih untuk memunaikan umrah. Di sana, dia sentiasa teringatkan Isma Humairah, bekas tunangnya. Bismillahirrahmanirrahim… Dua pasang nama pun diukir di Jabal Rahmah. Namun, ada jodohkah antara mereka berdua? Hanya ALLAH saja Yang Maha Mengetahui.

SEE?????
Btol kan aku cakap…baca sinopsis pun dh bez apatah lagi baca isi di dalamnya…terutama apabila menghayati novel ini…
Ok I nak chaw dulu ya…baca novel
Dadadadaaaaaaaaaaaa