Monday, February 25, 2013

:Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Nabi:


~ASSALAMUALAIKUM~
بسم الله الرحمن الرحيم
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu.
Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.
"Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa.
"Wahai saudara! Apa agama kamu?".
"Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.
'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.
"Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih saying sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

p/s: Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL

Sob3 T_T. eqah cdih baca cite nie.. moga kita semua ambil iktibar.. jadilah anak yang soleh untuk ibubapa kita..Sebelum akhiri kalam ini, eloklah bersama-sama eqah baca doa untuk ibu bapa kita.

Amin ya Rabbal ‘Alamin

~WALLAHUA’LAM~

Monday, February 11, 2013

:Juvana The Movie 2013:


~Bismillahirrahmannirrahim~
naa..kuar dah cite juvana the movie d on9.. ap lagi jum tgok came2.. tp b4 tu eqah nak share ckit pasal cite juvana ni.. izin kan eqah k..

Kisah ini mengambil tempat beberapa bulan selepas tamatnya drama Juvana. Watak utama, Daim, yang telah dibebaskan dari sekolah juvana ekoran didapati tidak bersalah membunuh ibunya, kini cuba menjalankan kehidupan di dunia luar. Namun didapati bahawa kehidupan di dunia luar tidak jauh bezanya dari kehidupan di penjara juvana.
Daim mula bersekolah di sekolah menengah biasa dengan harapan untuk menamatkan pengajian SPMnya. Di situ dia dibuli oleh pelajar lain dan tidak mempunyai sebarang kawan melainkan Sara, seorang gadis. Pengawal yang mengetahui statusnya sebagai bekas pelajar juvana sentiasa memerhatikannya.
Daim juga bekerja keras di sebuah kilang membuat batu bata untuk menyara hidupnya. Statusnya sebagai bekas pelajar juvana juga menjadikannya tumpuan pekerja lain. Kalau ada salah dan silap yang berlaku, maka dia yang dipersalahkan.


Selain itu, kita juga menyingkap kisah rakan-rakan Daim pula Sekolah Wirabakti ditutup dan Botak, Apek, Ayam (serta beberapa pelajar lain), dihantar ke sebuah sekolah juvana lain untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah tersebut, mereka menjadi sasaran Lan Todak(Shanaaz Ahmad) ketua taiko di sekolah itu. Namun Apek serta pelajar lain tidak mahu melawan balik, kerana mengamalkan apa yang dipelajari dari guru mereka, Cikgu Zakiah. Botak pula tidak setuju dan ingin melawan balik menggunakan kekerasan.
Akhirnya keadaaan meruncing apabila sehari sebelum dibebaskan, Kicap dan Gaban dibuli teruk oleh Lan Todak. Botak pula bertindak, dan membelasah Kecik, orang suruhan Lan Todak, hingga nyawa-nyawa ikan.
Apek pula mulai sedar yang ajaran Cikgu Zakiah tidak berkesan di sekolah baru itu. Dia mulai bertukar menjadi ganas, dan akhirnya membalas dendam untuk rakan-rakannya, sehingga berjaya mengetuai semua pelajar.
Namun begitu, kita lihat Apek tidak banyak berubah dari seorang penjahat. Dia mula membuli ramai pelajar lain, terutamanya musuh-musuhnya yang terdahulu.
Botak pula semakin insaf kerana melihat keadaan Kecik, budak yang dibelasahnya itu. Dia juga mula tidak setuju dengan Apek yang sudah mula naik belang di sekolah baru itu.

Di dunia luar, Daim menjadi sasaran apabila pelajar sekolah lain mengetahui masa lampaunya sebagai pesalah juvana. Mujur ada Sara, yang mulai akrab dengan Daim dan banyak membantunya, terutama dalam bab pelajaran

Satu hari, Daim mendapat tahu yang keadaan rakan-rakannya semakin teruk di sekolah baru. Dia pergi melawat dengan Sara, dan melihat sendiri perubahan yang terlah berlaku pada rakan baiknya, Apek, serta kawan-kawannya yang lain
Ketika itu, berlaku rusuhan pelajar yang diketuai oleh Lan Todak. Dia tidak berpuas hati kerana rakannya Kecik akhirnya telah meninggal dunia. Dia salahkan Botak dan Apek, dan mahu membalas dendam. Pihak sekolah cuba menghalang, tetapi Lan Todak teruskan rusuhannya. 
Mereka cuba menawan kesemua pelawat ke sekolah mereka pada hari itu, dan Daim serta rakan-rakan lain pula yang terpaksa bertindak menyelamatkan para pelawat serta diri masing-masing dari Lan Todak.
Mereka berjaya selamatkan kesemua pelawat itu akhirnya, namun Botak kembali untuk berdepan dengan Lan Todak. Dalam perbalahan yang berlaku. Daim hampir terkorban dan ini membuatkan Apek pula sedar akan kesalahannya selama ini.

ok... dh baca sinopsis kan.. jum kenali dulu org2 yg bawa watak dalam cite nie.. kih3x





p/s: watak selebihnye cari la sendiri.. malas dh eqah nak cari n mndownload.. ok.. ap lagi jum tgok came2.. eqah pun x tgok tau.. share dgn org dulu baru tgok... baik kan eqah.. ngeh2.. agkat bakul dulu..
daaaaaaaa
~wassalam~
nie na kite leh tgok online.. (sharing is caring, caring is loving)