Sunday, October 23, 2011

::7 Jenis Wajah Mayat Di Dalam Kubur::


1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.

Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi.

Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.

Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup.

Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya.

Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai.

Itulah mayat orang yang suka makan riba'

7. Mayat yang wajahnya tersenyum

Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

~Masya Allah~

Ampunilah Dosa hambaMu ya Allah

Ya Rahman Ya Rahim

T_T

Thursday, October 6, 2011

::Amalan Ayat Kursi::

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis serta menyebarkannya.

* Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

* Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

* Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua.....

Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.

* Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

* Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

* Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

* Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

* Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

* Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

* Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 disekitarnya.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

* Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

Wallahu’alam

Sunday, August 14, 2011

::5 sYaRaT NaK bUAt MaKsiAt::

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?


Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"


"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.


Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"


"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."


Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.



Wassalam

Di mana-mana ada maksiat..

Ia ibarat angin..

membawa ke sana ke sini..

Tuesday, August 9, 2011

::BeRdiAm diRi::

HIKMAT BERDIAM DIRI

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Hikmah Diam

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.

2. Perhiasan tanpa berhias.

3. Kehebatan tanpa kerajaan.

4. Benteng tanpa pagar.

5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.

6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.

7. Menutupi segala aib. Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM ) *

* "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM ) *

* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya". ( RW AT-TARMIZI ) *

Madah Dari Hukama:

* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP*

* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG*

* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.*

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.

::Warkah Adam::

WARKAH ADAM KEPADA HAWA

السلام عليكم ورحمة الله

Kuteruskan bicara buatmu, Hawa…semoga kehadiran warkah ini tidak akan mengocak kedamaian dan ketenangan hatimu………

HAWA…

Sekali lagi kesedihan menyelubungi hati ini.Hawa…kemana hilangnya sopan santun dan rasa terhormatmu terhadapku? Kalau dulu, untuk mengucapkan sebaris kata di hadapanku sekalipun, kau hanya menundukkan pandanganmu dan menyusun kata-kata sebaikya dan seatur mungkin.Namun hari ini, satu kebiasaan jika ku perhatikan, malumu kian lenyap!Antara kita seolah-olah tiada lagi hijab yang menghalang dan kau bias menyapaku tanpa segan silu…malu itu selayakya kau punya, tapi apa yang terjadi kini???

HAWA…

Apa yang membimbangkanku, keadaan ini bisa menjadikan kita makin hampir mengetepikan tuntutan perintah Allah.Pergaulan yang kukira tidak wajar antara muslimin dan muslimat menenggelamkan ku dalam kekalutan perasaan, terlalu bimbang kiranya satu hari nanti menjadi kebiasaan jika dilihat kaummu dan kaumku bisa seiringan tanpa ada batasnya lagi…

HAWA…

Mengapa tidak kau semaikan rasa malu mu di hatimu??Mengapa Hawa yang ku kenal dulu tidak lagi selembut dulu?....Tidak seperti dulu??Tutur kata yang petah, alunan suara yang lantang,mengheret aku kedalam kesedihan yang berpanjangan….Kau bisa ku samakan dengan teman-temanku yang lain dan……jika keadaan ini berterusan, suatu hari nanti, Hawa akan menguasai dunia dan Adam hanyalah penyeri saja….Dulu, ku sanjung inggi peradabanmu yang kiranya dibandingkan dengan kaummu yang diluar sana.Tapi kini, kepercayaanku kian luntur tatkala ku lihat batas-batasmu kian memudar, dan sedarlah Hawa, dirimu ada menyimpan setinggi-tinggi maruah…..Lantaran itu, usah terlalu ghairah denganku, kau Hawa dan kita mempuyai benteng yang teguh….janganlah dirobohkan.

HAWA…

Fahamilah….ku tak ingin kau terlalu menonjol diri, kerana bagiku kau adalah sebutir mutiara yang terlalu mahal harganya.Terus terang ku katakan duhai Hawa, bukan kemarahanmu kupinta, bukan sapaanmu yang menggembirakan diriku, tapi mengertilah Hawa, ku mahu kau pelihara kesopananmu dan maruahmu jangan kau perdagangkan…

HAWA…

Peliharalah tingkah lakumu tak kira dimana-mana saja.Walaupun aku tidak mampu untuk terus memimpin dirimu sendainya aku tersilap langkah, tapi dengarlah Hawa, aku mahu kau sedar!!Sedar yang dirimu bisa terhumban di persada kehancuran jikalau dikau membiarkan dirimu hanyut dengan pergaulan bebas dikala ini.Kaumku Adam, tidak ingin dunia ini dimamah laknat Allah lantaran dosa yang kita titipkan…

HAWA…

Sekian dulu untuk kali ini. Ketahuilah dunia Hawa aku amat merindui dirimu yang dulu..

Wassalam…….

Sunday, July 17, 2011

Albert Bandura

Hari ini rakan sekelas termasuk saya belaja ttg Teori Pembelajaran Albert Bandura. Mula-mula rasa bosan, pastu cikgu suruh kami cari ciket2 maklumat about Pembelajaran Albert Bandura nie..huhu…saya dengan kawan saya pun cari.(ILA MUJAHIDAH)..xplore punya xplore akhirnya jumpa la kat blog org nie..kami lebih fokuskan pencarian dalam internet jer…sbb xda buku bha..huhu..cyan kan…Jadi nie la hasil pencarian kami…korang kat luar fahami la teori pembelajaran Albert Bandura nie..bez tau…hehehe

PRINSIP PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN/ PERMODELAN

1. Tumpuan Perhatian(Pemerhatian)

Individu menumpukan perhatian dan memerhatikan perlakuan model berulang kali.

2. Penyimpanan dalam Ingatan (Mengingat)

Langkah-langkah perlakuan model akan disimpan dalam ingatan oleh pelajar. Pemerhatian perlu disimpan dan dikekalkan dalam ingatan dan akan berlakunya proses mengelas, menyimpan dan merekod.

3. Pengeluaran (Reproduksi)

Maklumat, tingkahlaku dan kemahiran yang disimpan dikeluarkan dalam bentuk perlakuan. Kecekapan ini bergantung kepada keupayaan fizikal dan kemahiran tiruan motor pemerhati serta kemahiran mengingat dengan tepat.

4. Motivasi dan Peneguhan

Sekiranya Individu berasa seronok dan mendapat peneguhan daripada orang lain, maka tingkahlaku itu akan diulangi dan dikukuhkan

Nanti I post ag yg lbh mendalam pasal Teori Pembelajaran Albert Bandura nie k…Senyum Sokmo..

Saturday, July 16, 2011

Bruno Mars “The Lazy Song”

Hari nie dok bilik jer...Bosan..pastu idea dtg nak BBM…Aduiiiii…BBM punya pasal kepala I jadi sangat la fening..haaa, mula la perangai aku malas nak layan org..org tanya 1 aku jawab 1..org tanya 2 aku tetap jawab 1..hahaha…then, aku bosan wat BBM aku layan la lagu..aku suka dgr lagu nie..aku tau korang kat luar sana pun ramai yg suka..tol x?..Aku nie bukan minat sgt pun lagu omputeh nie..tapi bila dengar jer aku tertarik..Adik aku la nie, slalu psg lagu nie kat umah bukan jer kat rumah, nak p pasar pun aku kene dgr lagu nie...last2 aku pun terikut suka…Adik aku cakap gini kat aku waktu mula2 aku blik rumah cuti semster….

Adik: Kah, mok dgr lagu bez x?tp lagu omputeh la

Aku: xmok eh..i dun like ok…

Adik: dgr lok…lagu “The Lazy Song”.Bruno Mars mbak..

Aku: psg la mun bez….

(ini versi Sarawak k, klu xfaham tu u translate ler sendiri…hahahhaha)

Nah…..Aku bagi jer lirik kat korang..lagu dye korang cari sendiri k…hope u all enjoy wif this song, like me…

…….Mempersembahkan…..

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone
So leave a message at the tone
Cause today I swear I'm not doing anything

I'm gonna kick my feet up and stare at the fan
Turn the TV on
Throw my hand in my pants
Nobodys gon' tell me I can't

I'll be lying on the couch just chillin in my snuggie
Click to MTV so they can teach me how to dougie
Cause in my castle I'm the freakin man
Oh Oh

Yes I said it
I said it
I said it cause I can

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone
So leave a message at the tone
Cause today I swear I'm not doing anything

Nothing at all
Woohoo ooh
Woohoo ooh hooh ooh ooh
Nothing at all

Woohoo ooh
Woohoo ooh hooh ooh ooh

Tomorrow I'll wake up do some P90X
Meet a really nice girl have some really nice sex
And she's gonna scream out 'this is great' (Oh my god, this is great)
Yeaaah

I might mess around and get my college degree
I bet my old mam would be so proud of me
But sorry paps you'll just have to wait
Oh Oh

Yes I said it
I said it
I said it cause I can

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone
So leave a message at the tone
Cause today I swear I'm not doing anything

No I ain't gonna comb my hair
Cause I ain't going anywhere
No No No No No No No No No
Oh

I'll just strut in my birthday suit
And let everything hang loose
YeahYeahYeahYeahYeah...
Ohh ohh

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone
So leave a message at the tone
Cause today I swear I'm not doing anything

Nothing at all
Woohoo ooh
Woohoo ooh hooh ooh ooh
Nothing at all

Woohoo ooh
Woohoo ooh hooh ooh ooh
Nothing at all

(Haaa, bez kan…korg cari video dye..video dy lucu..aku yakin klu korang tgok video dye msti mcm nak terikut jer drang gerakkan kepala drang wat..hahaha..)

Ok la..i nak out dulu,,,hahaha..daaa…nanti I update ag..:)

Thursday, July 14, 2011

::WARKAH HAWA::

WARKAH HAWA KEPADA ADAM

السلام عليكم ورحمة الله


ADAM…

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.

Sesungguhnya aku adalah Hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu.

(WAHAI ADAM)

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan. Adam…Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya. Jika bilangan kaummu mengatasi bilangan kaumku, nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sesama Adam bermusuhan kerana Hawa.Buktinya cukup nyata dari Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu cicitnya.Pun jika begitu, maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang menharuskan Adam beristeri lebih dari satu, tapi tidak lebih dari empat dalam satu waktu.

ADAM…

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbang kanku.bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.Tapi aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.

Namun, terasa berat pula untuk aku menyatakan isi perkara.

ADAM…

Aku tahu di dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa berada di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam nyata rata-rata apa yang terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang yelah ditetapakan. Asalnya Allah mengkehendaki aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki hingga hujung rambut.Tapi realitinya kini…Hawa telah lebih dari yang sepatutnya.

ADAM…

Mengapa kau biarkanaku begini?Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katanya.Aku ibu dan guru pada anak-anakmu.Tapi sekarang waktu yang sama aku kemuka menguruskan hal Negara, aku ke hutan memikul senjata.Padahal kau duduk sahaja.Ada diantara kau mengganggur tiada kerja.Kau perhatikan saja aku memanjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyinsing paha mengamankan Negara.Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

ADAM…

Marahkah kau jika kukatakan, andainya Hawa terpesong maka Adam yang patut tanggung!Kenapa?Mengapa begitu Adam?Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik, jika murid bodoh guru yang tak pandai mengajar!Adam kau selalu berkata” Hawa memang degil, tak mahu dengar kata,tak mudah makan nasihat, kepala batu”pada hematku yang dhaif ini.

ADAM…

Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku, sama seperti didikan nabi Muhammad terhadap isteri-isterinya?Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?Adakah akhlak Adam boleh dijadikan contoh kepada kaum Hawa.

ADAM…

Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum.Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua.Jika kau benar, maka benarlah aku.Jika kau lalai dah alpa, sering aku tergelincir di tolak sorong oleh nafsu dan konco-konconya.Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah aku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangiku.Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

ADAM…

Andai kau masih lalai dengan kerenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah munkar, maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini kan hancur bila kaumku yang memerintah.Malulah engkau Adam pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.Maafkan aku sekali lagi Adam….seandainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu….jauh sekali niatku untuk membuatkan kau keliru apatalagi menjadi buntu.Tapi percayalah!!!Bukan emas yang ku cari, bukan berlian yang ku pinta, tetapi hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu Adam………..

::Bersamalah kita hayati coretan ini::

Tuesday, July 12, 2011

::Sajak::

Salam...

today post pasal sajak plak..sajak nie create by my own k...tp xla sekreatif penulis sajak yg terlatih..saya msih memerlukan tunjuk ajar dari kengkawan...so, kpd semua yg suka menulis sajak ajar2 la saya..hehehe..saya pun suka tulis sajak..skarang hanya 2 sajak yg baru saya hasilkan....nie lah sajak yg ke-2 saya..sajak nie saya tulis sempena Minggu Muhammadiah yang di anjurkan institut tempat sy blaja sekarang...wlupun x meng dlm pertandingan tue..sekurg2 sy berpuas hati dengan nukilan saya sendiri..kan3...

Selamat Berpuisi...HeHEhE

RASULULLAH KEKASIH ALLAH

Ya Rasulullah, Ya HabibAllah

sungguh mulia engkau
Kemuliaanmu Allah dan malaikat menselawatkanmu
Wahai orang mukmin selawatkanlah ke atasnya
Engkau akan mendapat syafaat di Akhirat nanti
Allahummasalliala saiyidina Muhammad

Wahai Nabi engkau adalah cahaya daripada segala cahaya
Engkau adalah rahsia daripada segala rahsia
Engkau adalah penawar segala penyakit lahir dan batin
Engkau juga anak kunci segala kemudahan

Ya Muhammad,
Engkau adalah Rasul pilihan
Pilihan Rasul yang awal dan akhir
Engkau adalah penyelamat umat
Engkau membawa rahmat dan berkat

Ibadahmu membayangkan kehambaanmu
Akhlakmu membayangkan kebersihan hatimu
Pemurahmu membayangkan dunia tidak ada di dalam hatimu
Sabarmu membayangkan ketahanan jiwamu

Keberanianmu membayangkan tawakalmu dengan Allah
Orang yang menentangmu engkau doakan hidayah
Engkau adalah manusia luar biasa ikutan semua
Pemimpin yang dikehendaki adalah bayangan peribadimu

Allahummasalliala Saiyidina Muhammad


Tuesday, July 5, 2011

::SALAM UKHUWAH::


:assalamualaikum:
Saya budak baru dalam blog nie.....
klu leh beri la tunjuk ajar ye......
buah pisang di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
klu salah tolong tunjukkan,,