Thursday, July 14, 2011

::WARKAH HAWA::

WARKAH HAWA KEPADA ADAM

السلام عليكم ورحمة الله


ADAM…

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.

Sesungguhnya aku adalah Hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu.

(WAHAI ADAM)

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan. Adam…Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya. Jika bilangan kaummu mengatasi bilangan kaumku, nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sesama Adam bermusuhan kerana Hawa.Buktinya cukup nyata dari Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu cicitnya.Pun jika begitu, maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang menharuskan Adam beristeri lebih dari satu, tapi tidak lebih dari empat dalam satu waktu.

ADAM…

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbang kanku.bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.Tapi aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.

Namun, terasa berat pula untuk aku menyatakan isi perkara.

ADAM…

Aku tahu di dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa berada di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam nyata rata-rata apa yang terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang yelah ditetapakan. Asalnya Allah mengkehendaki aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki hingga hujung rambut.Tapi realitinya kini…Hawa telah lebih dari yang sepatutnya.

ADAM…

Mengapa kau biarkanaku begini?Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katanya.Aku ibu dan guru pada anak-anakmu.Tapi sekarang waktu yang sama aku kemuka menguruskan hal Negara, aku ke hutan memikul senjata.Padahal kau duduk sahaja.Ada diantara kau mengganggur tiada kerja.Kau perhatikan saja aku memanjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyinsing paha mengamankan Negara.Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

ADAM…

Marahkah kau jika kukatakan, andainya Hawa terpesong maka Adam yang patut tanggung!Kenapa?Mengapa begitu Adam?Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik, jika murid bodoh guru yang tak pandai mengajar!Adam kau selalu berkata” Hawa memang degil, tak mahu dengar kata,tak mudah makan nasihat, kepala batu”pada hematku yang dhaif ini.

ADAM…

Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku, sama seperti didikan nabi Muhammad terhadap isteri-isterinya?Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?Adakah akhlak Adam boleh dijadikan contoh kepada kaum Hawa.

ADAM…

Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum.Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua.Jika kau benar, maka benarlah aku.Jika kau lalai dah alpa, sering aku tergelincir di tolak sorong oleh nafsu dan konco-konconya.Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah aku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangiku.Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

ADAM…

Andai kau masih lalai dengan kerenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah munkar, maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini kan hancur bila kaumku yang memerintah.Malulah engkau Adam pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.Maafkan aku sekali lagi Adam….seandainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu….jauh sekali niatku untuk membuatkan kau keliru apatalagi menjadi buntu.Tapi percayalah!!!Bukan emas yang ku cari, bukan berlian yang ku pinta, tetapi hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu Adam………..

::Bersamalah kita hayati coretan ini::

No comments:

Post a Comment