Saturday, March 2, 2013

:19 Keistimewaan Wanita:

`assalamualaikum`
~bismillahirrahmannirrahim~

Jum... ambil masa dalam 3 minit baca informasi ini.. semoga bermanfaat..

1.     Do'a wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.
2.     Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3.     Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
4.    Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5.      Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.
6.     Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
7.      Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."
8.      Surga itu di bawah telapak kaki ibu.
9.      Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10.  Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11.   Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya ).
12.  Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"
13.  Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki
14.  Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10,000 tahun )
15.  Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
16.    Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
17.    Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan.
18.    Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT. moga bermanfaat :) 



p/s: Berbahagialah Menjadi Seorang Wanita Kerana diberi Keistimewaan Oleh Allah.

~ waahu’alam ~

Monday, February 25, 2013

:Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Nabi:


~ASSALAMUALAIKUM~
بسم الله الرحمن الرحيم
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu.
Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.
"Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa.
"Wahai saudara! Apa agama kamu?".
"Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.
'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.
"Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih saying sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

p/s: Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL

Sob3 T_T. eqah cdih baca cite nie.. moga kita semua ambil iktibar.. jadilah anak yang soleh untuk ibubapa kita..Sebelum akhiri kalam ini, eloklah bersama-sama eqah baca doa untuk ibu bapa kita.

Amin ya Rabbal ‘Alamin

~WALLAHUA’LAM~

Monday, February 11, 2013

:Juvana The Movie 2013:


~Bismillahirrahmannirrahim~
naa..kuar dah cite juvana the movie d on9.. ap lagi jum tgok came2.. tp b4 tu eqah nak share ckit pasal cite juvana ni.. izin kan eqah k..

Kisah ini mengambil tempat beberapa bulan selepas tamatnya drama Juvana. Watak utama, Daim, yang telah dibebaskan dari sekolah juvana ekoran didapati tidak bersalah membunuh ibunya, kini cuba menjalankan kehidupan di dunia luar. Namun didapati bahawa kehidupan di dunia luar tidak jauh bezanya dari kehidupan di penjara juvana.
Daim mula bersekolah di sekolah menengah biasa dengan harapan untuk menamatkan pengajian SPMnya. Di situ dia dibuli oleh pelajar lain dan tidak mempunyai sebarang kawan melainkan Sara, seorang gadis. Pengawal yang mengetahui statusnya sebagai bekas pelajar juvana sentiasa memerhatikannya.
Daim juga bekerja keras di sebuah kilang membuat batu bata untuk menyara hidupnya. Statusnya sebagai bekas pelajar juvana juga menjadikannya tumpuan pekerja lain. Kalau ada salah dan silap yang berlaku, maka dia yang dipersalahkan.


Selain itu, kita juga menyingkap kisah rakan-rakan Daim pula Sekolah Wirabakti ditutup dan Botak, Apek, Ayam (serta beberapa pelajar lain), dihantar ke sebuah sekolah juvana lain untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah tersebut, mereka menjadi sasaran Lan Todak(Shanaaz Ahmad) ketua taiko di sekolah itu. Namun Apek serta pelajar lain tidak mahu melawan balik, kerana mengamalkan apa yang dipelajari dari guru mereka, Cikgu Zakiah. Botak pula tidak setuju dan ingin melawan balik menggunakan kekerasan.
Akhirnya keadaaan meruncing apabila sehari sebelum dibebaskan, Kicap dan Gaban dibuli teruk oleh Lan Todak. Botak pula bertindak, dan membelasah Kecik, orang suruhan Lan Todak, hingga nyawa-nyawa ikan.
Apek pula mulai sedar yang ajaran Cikgu Zakiah tidak berkesan di sekolah baru itu. Dia mulai bertukar menjadi ganas, dan akhirnya membalas dendam untuk rakan-rakannya, sehingga berjaya mengetuai semua pelajar.
Namun begitu, kita lihat Apek tidak banyak berubah dari seorang penjahat. Dia mula membuli ramai pelajar lain, terutamanya musuh-musuhnya yang terdahulu.
Botak pula semakin insaf kerana melihat keadaan Kecik, budak yang dibelasahnya itu. Dia juga mula tidak setuju dengan Apek yang sudah mula naik belang di sekolah baru itu.

Di dunia luar, Daim menjadi sasaran apabila pelajar sekolah lain mengetahui masa lampaunya sebagai pesalah juvana. Mujur ada Sara, yang mulai akrab dengan Daim dan banyak membantunya, terutama dalam bab pelajaran

Satu hari, Daim mendapat tahu yang keadaan rakan-rakannya semakin teruk di sekolah baru. Dia pergi melawat dengan Sara, dan melihat sendiri perubahan yang terlah berlaku pada rakan baiknya, Apek, serta kawan-kawannya yang lain
Ketika itu, berlaku rusuhan pelajar yang diketuai oleh Lan Todak. Dia tidak berpuas hati kerana rakannya Kecik akhirnya telah meninggal dunia. Dia salahkan Botak dan Apek, dan mahu membalas dendam. Pihak sekolah cuba menghalang, tetapi Lan Todak teruskan rusuhannya. 
Mereka cuba menawan kesemua pelawat ke sekolah mereka pada hari itu, dan Daim serta rakan-rakan lain pula yang terpaksa bertindak menyelamatkan para pelawat serta diri masing-masing dari Lan Todak.
Mereka berjaya selamatkan kesemua pelawat itu akhirnya, namun Botak kembali untuk berdepan dengan Lan Todak. Dalam perbalahan yang berlaku. Daim hampir terkorban dan ini membuatkan Apek pula sedar akan kesalahannya selama ini.

ok... dh baca sinopsis kan.. jum kenali dulu org2 yg bawa watak dalam cite nie.. kih3x





p/s: watak selebihnye cari la sendiri.. malas dh eqah nak cari n mndownload.. ok.. ap lagi jum tgok came2.. eqah pun x tgok tau.. share dgn org dulu baru tgok... baik kan eqah.. ngeh2.. agkat bakul dulu..
daaaaaaaa
~wassalam~
nie na kite leh tgok online.. (sharing is caring, caring is loving)




Tuesday, January 29, 2013

:3 Soalan 1 Penampar:


~assalamualaikum~
tengok tajuk macam gerun jak kan.. gara-gara tanya 3 soalan dpt 1 penampar.. tp sebelum tu kene baca dulu, baru tau nape kne penampo gara2 tanya soalan..ok jum baca…

Jawapan dengan Tamparan...
Pemuda         :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam              : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan    
                          anda.
Pemuda         : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak
                          mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam              : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda         : Saya ada 3 pertanyaan:

1.     Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.     Apakah yang dinamakan takdir.
3.     Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda         : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam              : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan
                          yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda         : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam              : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda         : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam              : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda         : Ya!
Imam              : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda         : Saya tidak boleh.
Imam              : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan
                          Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam              : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda         : Tidak.
Imam              : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya   
                          hari ini?
Pemuda         : Tidak.
Imam              : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam              : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda         : Kulit.
Imam              : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda         : Kulit.
Imam              : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda         : Sakit.
Imam              : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api,
   jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang
   menyakitkan untuk syaitan...

"Sahabat, Mari kita duduk, beriman sejenak?"

p/s:  Sebarkan pada MUSLIM yang lain..eqah pun ambil dr org lain d fb… juz 4 share.
~waallahualam~

Thursday, October 18, 2012

::Tentang Wuduk::

--Assalamualaikum w.b.t--

Fakta Menarik Tentang Wuduk

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.
Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.
Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

DOA-DOA ANGGOTA WUDHUK (
-MENSUCIKAN ZAHIR DAN BATIN-

Dalam adab berwudhuk, Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a telah menggariskan panduan doa-doa yg dibaca ketika membasuh setiap anggota wudhuk.


1.    Ketika berkumur-kumur bacalah:
Ya ALLAH, Permudahkanlah aku untuk membaca kitabMU (Al-Quran) dan untuk memperbanyak berzikir kepadaMU dan kukuhkanlah aku dengan perkataan yg kukuh (La Ilaha Illallah) di dunia dan di akhirat

2.    Ketika memasukkan air ke dalam hidung, bacalah:
Ya ALLAH, ciumkanlah akan hidung ini akan bau wangi syurga sedangkan Engkau redha daripadaku

3.    Ketika menghembuskan air dari hidung pula, bacalah:
Ya ALLAH, aku berlindung dari bau busuk neraka yg Engkau cipta dan daripada kejahatan tempat kediamanku

4.    Ketika membasuh muka, bacalah:
Ya ALLAH, putihkanlah mukaku dengan nurMU pada hari kiamat dan janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapanMU seperti hitamnya muka musuh-musuhMU

5.    Ketika membasuh tangan kanan, bacalah:
Ya ALLAH, berikanlah kepadaku catatan amalanku di tangan kananku dan hisablah aku dengan hisab yg mudah

6.    Ketika membasuh tangan kiri pula,bacalah:
Ya ALLAH, janganlah Engkau berikan catatan amalanku di tangan kiriku atau daripada sebelah belakangku

7.    Ketika menyapu kepala bacalah:
Ya ALLAH, liputilah aku dengan rahmatMU dan kurniakanlah aku berkatMU, dan naungilh aku di bawah naungan arasyMU di hari yg tidak ada naungan kecuali hanya naunganMU. Ya ALLAH, haramkanlah rambutku dan kulitmu daripada sentuhan api neraka

8.    Ketika membasuh telinga bacalah:
Ya ALLAH, jadikanlah aku hambaMU yg mendengar perkataan yg baik lalu mengikutinya. Ya ALLAH, perdengarkanlah kepadaku suara pemanggilsyurga di dalam syurga bersama dengn orang yg baik

9.    Ketika membasuh tengkuk bacalah:
Ya ALLAH, bebaskanlah tengkokku ini daripada api neraka dan aku berlindung denganMU daripada segala rantai dan belenggu di dalam api neraka

10.  Ketika membasuh kaki kanan bacalah:
Ya ALLAH, tetapkanlah kedua kakiku di atas titian Siratul mustaqim bersama dengan kaki-kaki hambaMU yg soleh.

11.  Ketika membasuh kaki kiri pula, bacalah:
Ya ALLAH, aku berlindung denganMU daripada tergelincir kakiku ke dalam api neraka ketika aku melalui titian siratul mustaqim. Di mana pd hari itu akan tergelincir kaki-kaki orang munafik dan musyrik


Eqah sendiri pun baru nak mula amalkan doa-doa nie.. Moga eqah sentiasa istiqomah melakukannya. Insya Allah
-Wassalam-