Showing posts with label :ShaRiNg Is CaRiNg::. Show all posts
Showing posts with label :ShaRiNg Is CaRiNg::. Show all posts

Tuesday, January 29, 2013

:3 Soalan 1 Penampar:


~assalamualaikum~
tengok tajuk macam gerun jak kan.. gara-gara tanya 3 soalan dpt 1 penampar.. tp sebelum tu kene baca dulu, baru tau nape kne penampo gara2 tanya soalan..ok jum baca…

Jawapan dengan Tamparan...
Pemuda         :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam              : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan    
                          anda.
Pemuda         : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak
                          mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam              : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda         : Saya ada 3 pertanyaan:

1.     Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.     Apakah yang dinamakan takdir.
3.     Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda         : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam              : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan
                          yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda         : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam              : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda         : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam              : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda         : Ya!
Imam              : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda         : Saya tidak boleh.
Imam              : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan
                          Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam              : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda         : Tidak.
Imam              : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya   
                          hari ini?
Pemuda         : Tidak.
Imam              : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam              : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda         : Kulit.
Imam              : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda         : Kulit.
Imam              : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda         : Sakit.
Imam              : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api,
   jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang
   menyakitkan untuk syaitan...

"Sahabat, Mari kita duduk, beriman sejenak?"

p/s:  Sebarkan pada MUSLIM yang lain..eqah pun ambil dr org lain d fb… juz 4 share.
~waallahualam~

Thursday, October 18, 2012

::Tentang Wuduk::

--Assalamualaikum w.b.t--

Fakta Menarik Tentang Wuduk

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.
Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.
Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

DOA-DOA ANGGOTA WUDHUK (
-MENSUCIKAN ZAHIR DAN BATIN-

Dalam adab berwudhuk, Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a telah menggariskan panduan doa-doa yg dibaca ketika membasuh setiap anggota wudhuk.


1.    Ketika berkumur-kumur bacalah:
Ya ALLAH, Permudahkanlah aku untuk membaca kitabMU (Al-Quran) dan untuk memperbanyak berzikir kepadaMU dan kukuhkanlah aku dengan perkataan yg kukuh (La Ilaha Illallah) di dunia dan di akhirat

2.    Ketika memasukkan air ke dalam hidung, bacalah:
Ya ALLAH, ciumkanlah akan hidung ini akan bau wangi syurga sedangkan Engkau redha daripadaku

3.    Ketika menghembuskan air dari hidung pula, bacalah:
Ya ALLAH, aku berlindung dari bau busuk neraka yg Engkau cipta dan daripada kejahatan tempat kediamanku

4.    Ketika membasuh muka, bacalah:
Ya ALLAH, putihkanlah mukaku dengan nurMU pada hari kiamat dan janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapanMU seperti hitamnya muka musuh-musuhMU

5.    Ketika membasuh tangan kanan, bacalah:
Ya ALLAH, berikanlah kepadaku catatan amalanku di tangan kananku dan hisablah aku dengan hisab yg mudah

6.    Ketika membasuh tangan kiri pula,bacalah:
Ya ALLAH, janganlah Engkau berikan catatan amalanku di tangan kiriku atau daripada sebelah belakangku

7.    Ketika menyapu kepala bacalah:
Ya ALLAH, liputilah aku dengan rahmatMU dan kurniakanlah aku berkatMU, dan naungilh aku di bawah naungan arasyMU di hari yg tidak ada naungan kecuali hanya naunganMU. Ya ALLAH, haramkanlah rambutku dan kulitmu daripada sentuhan api neraka

8.    Ketika membasuh telinga bacalah:
Ya ALLAH, jadikanlah aku hambaMU yg mendengar perkataan yg baik lalu mengikutinya. Ya ALLAH, perdengarkanlah kepadaku suara pemanggilsyurga di dalam syurga bersama dengn orang yg baik

9.    Ketika membasuh tengkuk bacalah:
Ya ALLAH, bebaskanlah tengkokku ini daripada api neraka dan aku berlindung denganMU daripada segala rantai dan belenggu di dalam api neraka

10.  Ketika membasuh kaki kanan bacalah:
Ya ALLAH, tetapkanlah kedua kakiku di atas titian Siratul mustaqim bersama dengan kaki-kaki hambaMU yg soleh.

11.  Ketika membasuh kaki kiri pula, bacalah:
Ya ALLAH, aku berlindung denganMU daripada tergelincir kakiku ke dalam api neraka ketika aku melalui titian siratul mustaqim. Di mana pd hari itu akan tergelincir kaki-kaki orang munafik dan musyrik


Eqah sendiri pun baru nak mula amalkan doa-doa nie.. Moga eqah sentiasa istiqomah melakukannya. Insya Allah
-Wassalam-

Friday, October 12, 2012

::Palestin Tak Pernah Gentar::


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Tajuk : Palestin Tak Pernah Gentar

Pengarang : Zulkifli Mohamad Al-Bakri & Fatimah Syarha Mohd Noor

Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd

Buku ini telah eqah miliki hampir 5 bulan yang lepas.. lepas habis je musim eseimen sem nie, eqah ambil kesempatan baca buku nie b4 mggu study week menjelma..
Sebak bila eqah baca buku nie, hati mula merintih memohon sesuatu..

Bumi Palestin Bumi Islam 

(Firman Allah s.w.t dalam surah al-A' raf ayat 128)

Maksudnya : Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa".

(Dalam ayat lain Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Anbiya’ ayat 105)

Maksudnya: dan Demi sesungguhnya, Kami telah tulis di Dalam Kitab-kitab Yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu Yang soleh".

Subhanallah.. itu lah janji Allah..
Berdasarkan ayat di atas, sememangnya jelas bahawa Palestin ialah Bumi Islam dan akan kekal seperti itu..

tinta penulis:

Seorang wanita mencari anak gadisnya yang hilang dalam timbunan puing-puing bangunan runtuh, peluru bersimbang-siur berdesir di telinganya, dia terus menjerit dan meraung-raung atas kehilangan itu.

Wanita itu berlari-lari tanpa arah lagi mencari anak lelakinya yang masih kecil yang telah terlepas daripada pautan tangannya dan dilihatnya di celah-celah gelimpangan mayat-mayat itu ada sekujur mayat kanak-kanak yang masih memegang senapang mainan di tangannya, itulah anaknya.

Wanita it uterus menangis serta menampar-nampar mukanya mencari suaminya dan di lantai dilihatnya titisan darah... Syahid!!! Syahid!!! Syahid!! .. Jeritnya

Seorang lelaki sedang mengusung jenazah sahabatnya yang berlumuran darah, kepalanya telah terkulai, yang lain sedang menjerit-jerit mencemuh dan memohon pertolongan dan manusia di Bumi Palestin sangat gawat, dentuman bom seperti membelah bumi, peluru seperti taufan menbedil musuh dan lawan.


p/s buat diri sendiri:
“Kita sekarang hepy jer menikmati kesenangan dunia ini. sedangkan masih ada lagi saudara-saudara kita dalam kesusahan”

استغفر الله

Ya Allah selamatkan bumi Palestin, lindungi mereka di sana.. amin T_T

Wahai sahabatku, usai setiap solat, jangan sahabat lupa doakan kesejahteraan saudara kita di sana. Eqah tau, kadang2 eqah pun lalai dengan nikmat dunia, kadang2 kita perlu beringat-ingat akan kesengsaraan saudara kita di sana.

“MEMBURU MENANG ATAU SYAHID??”
-muhasabah diri di pagi yang indah ini-
الحمد لله
wassalam

Tuesday, January 10, 2012

::FiBoX vS ShOutBoX::

Bagi blogger yang sudah lama berkecimpung dalam arena blogging, shoutmix adalah salah satu shoutbox yang paling dikenali. Boleh dikatakan penggunaanya adalah meluas dengan fungsi yang boleh admin katakan mesra pengguna. Dan semua itu boleh didapati secara percuma.

Kini, setelah 7 tahun 'berbakti' dengan mempunyai akaun percuma, shoutmix mengambil satu langkah drastik, iaitu akan menamatkan perkhidmatan percuma yang ditawarkan. Jadi selepas ini semua akaun shoutmix adalah berbayar. (klu korang xcaye p la buka sndiri, msti drang nk kita byr...just type shoutmix at google)

Satu keputusan yang admin rasakan kurang bijak untuk memenangi hati pengguna maya. nIE laaa shoutbox yang menamatkan khidmat percume tuuuu..

(diz is shoutbox)

Jadi aku p la xplore blog2 org lain ada dah guna alternative baru bagi menggantikan shoutbox nie....org lain dh lame gune dh, padahal aku?? Baru je gune hahaha.....namanya fibox

Fibox adalah satu lagi nama baru untuk shoutbox yang memasuki ruang maya ini. Rentetan daripada shoutmix yang akan menamatkan perkhidmatan percumanya, aku dapati Fibox menawarkan shoutbox bleh dkatakan bez la gak...walaupun aku sendiri baru jer pakai..hahahha..(suke ati je nk kelentong)..tapi mmg bez la...ku tgok pun bez apatah lg klu korg yg tgok..hahahah

(diz is fibox)

Nie aku bg link klu nak daftar fibox nie .....aku gune dh, korang bile lagi…hahahah

http://www.fibox.ws/index.php

(dun worry, xde byrn dikenekan ok... just smile)

::jujur aku katakan maklumat nie aku copycat jer dr blog org lain, tp aku x laa copy n paste gitu je,..aku kne ubah ciket...tol x??..aku letak entry nie pun just want to share ap yg dh aku jumpai::