Thursday, October 18, 2012

::Tentang Wuduk::

--Assalamualaikum w.b.t--

Fakta Menarik Tentang Wuduk

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.
Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.
Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

DOA-DOA ANGGOTA WUDHUK (
-MENSUCIKAN ZAHIR DAN BATIN-

Dalam adab berwudhuk, Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a telah menggariskan panduan doa-doa yg dibaca ketika membasuh setiap anggota wudhuk.


1.    Ketika berkumur-kumur bacalah:
Ya ALLAH, Permudahkanlah aku untuk membaca kitabMU (Al-Quran) dan untuk memperbanyak berzikir kepadaMU dan kukuhkanlah aku dengan perkataan yg kukuh (La Ilaha Illallah) di dunia dan di akhirat

2.    Ketika memasukkan air ke dalam hidung, bacalah:
Ya ALLAH, ciumkanlah akan hidung ini akan bau wangi syurga sedangkan Engkau redha daripadaku

3.    Ketika menghembuskan air dari hidung pula, bacalah:
Ya ALLAH, aku berlindung dari bau busuk neraka yg Engkau cipta dan daripada kejahatan tempat kediamanku

4.    Ketika membasuh muka, bacalah:
Ya ALLAH, putihkanlah mukaku dengan nurMU pada hari kiamat dan janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapanMU seperti hitamnya muka musuh-musuhMU

5.    Ketika membasuh tangan kanan, bacalah:
Ya ALLAH, berikanlah kepadaku catatan amalanku di tangan kananku dan hisablah aku dengan hisab yg mudah

6.    Ketika membasuh tangan kiri pula,bacalah:
Ya ALLAH, janganlah Engkau berikan catatan amalanku di tangan kiriku atau daripada sebelah belakangku

7.    Ketika menyapu kepala bacalah:
Ya ALLAH, liputilah aku dengan rahmatMU dan kurniakanlah aku berkatMU, dan naungilh aku di bawah naungan arasyMU di hari yg tidak ada naungan kecuali hanya naunganMU. Ya ALLAH, haramkanlah rambutku dan kulitmu daripada sentuhan api neraka

8.    Ketika membasuh telinga bacalah:
Ya ALLAH, jadikanlah aku hambaMU yg mendengar perkataan yg baik lalu mengikutinya. Ya ALLAH, perdengarkanlah kepadaku suara pemanggilsyurga di dalam syurga bersama dengn orang yg baik

9.    Ketika membasuh tengkuk bacalah:
Ya ALLAH, bebaskanlah tengkokku ini daripada api neraka dan aku berlindung denganMU daripada segala rantai dan belenggu di dalam api neraka

10.  Ketika membasuh kaki kanan bacalah:
Ya ALLAH, tetapkanlah kedua kakiku di atas titian Siratul mustaqim bersama dengan kaki-kaki hambaMU yg soleh.

11.  Ketika membasuh kaki kiri pula, bacalah:
Ya ALLAH, aku berlindung denganMU daripada tergelincir kakiku ke dalam api neraka ketika aku melalui titian siratul mustaqim. Di mana pd hari itu akan tergelincir kaki-kaki orang munafik dan musyrik


Eqah sendiri pun baru nak mula amalkan doa-doa nie.. Moga eqah sentiasa istiqomah melakukannya. Insya Allah
-Wassalam-

3 comments:

  1. indahnya setiap perkara yang Allah jadikan ^^ nice entry jom singgah
    http://yayaonly.blogspot.com/2012/10/kotak-follower-atau-button-follow.html

    ReplyDelete
  2. asalamualakum..rasa tertarik nak link kan blog anda.tahnian ya..bagus info2 anda teruskan usaha..nak ke follow saya..blog pesona

    ReplyDelete
  3. nadia farhana: ya.. sangat indah..setiap perkara yg diperintahkan pasti ada hikmah

    etuza: syukran akhi...

    ReplyDelete