~ASSALAMUALAIKUM~
بسم الله الرحمن الرحيم
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi
yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat,
Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap
dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah
akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada
nabi-nabi lain.
Suatu
hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di
syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta
tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina
dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu.
Setelah
beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat
berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu
dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan
duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam
bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil
membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi
Musa terkejut melihatnya.
"Apa
hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi
itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai
kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama
kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang
lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga
kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya
dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa.
"Wahai
saudara! Apa agama kamu?".
"Aku
agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis,
mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi
Musa.
"Wahai
tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa
kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah
menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan
Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap
melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua
ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah
menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap
hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah
menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum
memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka
ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.
'Wahai Musa,
inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya
yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan
rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak
soleh disisi Kami."
Allah
juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam
anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya
yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.
"Itulah
berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang
akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat
dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan
ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di
akhirat kelak.
Walau
bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita,
urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih saying sebagaimana mereka
menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa
yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta
ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa
anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di
akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti
sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit,
tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya
kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
p/s: Untuk mengetahui lebih
mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang
berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL
Sob3 T_T. eqah cdih baca cite nie.. moga kita semua ambil iktibar.. jadilah anak yang soleh untuk ibubapa kita..Sebelum akhiri kalam ini, eloklah
bersama-sama eqah baca doa untuk ibu bapa kita.
Amin ya Rabbal ‘Alamin
~WALLAHUA’LAM~
No comments:
Post a Comment