~Bismillahirrahmannirrahim~
naa..kuar dah cite juvana the movie d on9.. ap lagi jum tgok came2.. tp b4 tu eqah nak share ckit pasal cite juvana ni.. izin kan eqah k..
Kisah ini mengambil tempat beberapa bulan
selepas tamatnya drama Juvana. Watak utama, Daim, yang telah dibebaskan dari
sekolah juvana ekoran didapati tidak bersalah membunuh ibunya, kini cuba
menjalankan kehidupan di dunia luar. Namun didapati bahawa kehidupan di dunia
luar tidak jauh bezanya dari kehidupan di penjara juvana.
Daim mula bersekolah di sekolah menengah biasa
dengan harapan untuk menamatkan pengajian SPMnya. Di situ dia dibuli oleh
pelajar lain dan tidak mempunyai sebarang kawan melainkan Sara, seorang gadis.
Pengawal yang mengetahui statusnya sebagai bekas pelajar juvana sentiasa
memerhatikannya.
Daim juga bekerja keras di sebuah kilang membuat
batu bata untuk menyara hidupnya. Statusnya sebagai bekas pelajar juvana juga
menjadikannya tumpuan pekerja lain. Kalau ada salah dan silap yang berlaku,
maka dia yang dipersalahkan.
Selain itu, kita juga menyingkap kisah
rakan-rakan Daim pula Sekolah Wirabakti ditutup dan
Botak, Apek, Ayam (serta beberapa pelajar lain), dihantar ke sebuah sekolah
juvana lain untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah tersebut, mereka
menjadi sasaran Lan Todak(Shanaaz Ahmad) ketua taiko di sekolah itu. Namun Apek
serta pelajar lain tidak mahu melawan balik, kerana mengamalkan apa yang
dipelajari dari guru mereka, Cikgu Zakiah. Botak pula tidak setuju dan ingin
melawan balik menggunakan kekerasan.
Akhirnya keadaaan meruncing apabila sehari
sebelum dibebaskan, Kicap dan Gaban dibuli teruk oleh Lan Todak. Botak pula
bertindak, dan membelasah Kecik, orang suruhan Lan Todak, hingga nyawa-nyawa
ikan.
Apek pula mulai sedar yang ajaran Cikgu Zakiah
tidak berkesan di sekolah baru itu. Dia mulai bertukar menjadi ganas, dan
akhirnya membalas dendam untuk rakan-rakannya, sehingga berjaya mengetuai semua
pelajar.
Namun begitu, kita lihat Apek tidak banyak
berubah dari seorang penjahat. Dia mula membuli ramai pelajar lain, terutamanya
musuh-musuhnya yang terdahulu.
Botak pula semakin insaf kerana melihat keadaan
Kecik, budak yang dibelasahnya itu. Dia juga mula tidak setuju dengan Apek yang
sudah mula naik belang di sekolah baru itu.
Di dunia luar, Daim menjadi sasaran apabila
pelajar sekolah lain mengetahui masa lampaunya sebagai pesalah juvana. Mujur
ada Sara, yang mulai akrab dengan Daim dan banyak membantunya, terutama dalam
bab pelajaran
Satu hari, Daim mendapat tahu
yang keadaan rakan-rakannya semakin teruk di sekolah baru. Dia pergi melawat
dengan Sara, dan melihat sendiri perubahan yang terlah berlaku pada rakan
baiknya, Apek, serta kawan-kawannya yang lain
Ketika itu, berlaku rusuhan pelajar yang diketuai
oleh Lan Todak. Dia tidak berpuas hati kerana rakannya Kecik akhirnya telah
meninggal dunia. Dia salahkan Botak dan Apek, dan mahu membalas dendam. Pihak
sekolah cuba menghalang, tetapi Lan Todak teruskan rusuhannya.
Mereka cuba menawan kesemua pelawat ke sekolah
mereka pada hari itu, dan Daim serta rakan-rakan lain pula yang terpaksa
bertindak menyelamatkan para pelawat serta diri masing-masing dari Lan Todak.
Mereka berjaya selamatkan kesemua pelawat itu
akhirnya, namun Botak kembali untuk berdepan dengan Lan Todak. Dalam perbalahan
yang berlaku. Daim hampir terkorban dan ini membuatkan Apek pula sedar akan
kesalahannya selama ini.
ok... dh baca sinopsis kan.. jum kenali dulu org2 yg bawa watak dalam cite nie.. kih3x
p/s: watak selebihnye cari la sendiri.. malas dh eqah nak cari n mndownload.. ok.. ap lagi jum tgok came2.. eqah pun x tgok tau.. share dgn org dulu baru tgok... baik kan eqah.. ngeh2.. agkat bakul dulu..
daaaaaaaa
~wassalam~
nie na kite leh tgok online.. (sharing is caring, caring is loving)
No comments:
Post a Comment