Friday, October 12, 2012

::Palestin Tak Pernah Gentar::


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Tajuk : Palestin Tak Pernah Gentar

Pengarang : Zulkifli Mohamad Al-Bakri & Fatimah Syarha Mohd Noor

Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd

Buku ini telah eqah miliki hampir 5 bulan yang lepas.. lepas habis je musim eseimen sem nie, eqah ambil kesempatan baca buku nie b4 mggu study week menjelma..
Sebak bila eqah baca buku nie, hati mula merintih memohon sesuatu..

Bumi Palestin Bumi Islam 

(Firman Allah s.w.t dalam surah al-A' raf ayat 128)

Maksudnya : Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa".

(Dalam ayat lain Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Anbiya’ ayat 105)

Maksudnya: dan Demi sesungguhnya, Kami telah tulis di Dalam Kitab-kitab Yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu Yang soleh".

Subhanallah.. itu lah janji Allah..
Berdasarkan ayat di atas, sememangnya jelas bahawa Palestin ialah Bumi Islam dan akan kekal seperti itu..

tinta penulis:

Seorang wanita mencari anak gadisnya yang hilang dalam timbunan puing-puing bangunan runtuh, peluru bersimbang-siur berdesir di telinganya, dia terus menjerit dan meraung-raung atas kehilangan itu.

Wanita itu berlari-lari tanpa arah lagi mencari anak lelakinya yang masih kecil yang telah terlepas daripada pautan tangannya dan dilihatnya di celah-celah gelimpangan mayat-mayat itu ada sekujur mayat kanak-kanak yang masih memegang senapang mainan di tangannya, itulah anaknya.

Wanita it uterus menangis serta menampar-nampar mukanya mencari suaminya dan di lantai dilihatnya titisan darah... Syahid!!! Syahid!!! Syahid!! .. Jeritnya

Seorang lelaki sedang mengusung jenazah sahabatnya yang berlumuran darah, kepalanya telah terkulai, yang lain sedang menjerit-jerit mencemuh dan memohon pertolongan dan manusia di Bumi Palestin sangat gawat, dentuman bom seperti membelah bumi, peluru seperti taufan menbedil musuh dan lawan.


p/s buat diri sendiri:
“Kita sekarang hepy jer menikmati kesenangan dunia ini. sedangkan masih ada lagi saudara-saudara kita dalam kesusahan”

استغفر الله

Ya Allah selamatkan bumi Palestin, lindungi mereka di sana.. amin T_T

Wahai sahabatku, usai setiap solat, jangan sahabat lupa doakan kesejahteraan saudara kita di sana. Eqah tau, kadang2 eqah pun lalai dengan nikmat dunia, kadang2 kita perlu beringat-ingat akan kesengsaraan saudara kita di sana.

“MEMBURU MENANG ATAU SYAHID??”
-muhasabah diri di pagi yang indah ini-
الحمد لله
wassalam

No comments:

Post a Comment