--Assalamualaikum
w.b.t--
Fakta
Menarik Tentang Wuduk
Prof
Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari
Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu
fakta yang sangat mengejutkan.
Bahawa
pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di
sebelah dahi, tangan, dan kaki.
Pusat-pusat
saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah
di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia
mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi
untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan
sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang
akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold
memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.
DOA-DOA ANGGOTA WUDHUK (
-MENSUCIKAN ZAHIR DAN
BATIN-
Dalam adab berwudhuk, Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a
telah menggariskan panduan doa-doa yg dibaca ketika membasuh setiap anggota
wudhuk.
1.
Ketika
berkumur-kumur bacalah:
“Ya
ALLAH, Permudahkanlah aku untuk membaca kitabMU (Al-Quran) dan untuk
memperbanyak berzikir kepadaMU dan kukuhkanlah aku dengan perkataan yg kukuh
(La Ilaha Illallah) di dunia dan di akhirat”
2.
Ketika
memasukkan air ke dalam hidung, bacalah:
“Ya
ALLAH, ciumkanlah akan hidung ini akan bau wangi syurga sedangkan Engkau redha
daripadaku”
3.
Ketika
menghembuskan air dari hidung pula, bacalah:
“Ya
ALLAH, aku berlindung dari bau busuk neraka yg Engkau cipta dan daripada
kejahatan tempat kediamanku”
4.
Ketika
membasuh muka, bacalah:
“Ya
ALLAH, putihkanlah mukaku dengan nurMU pada hari kiamat dan janganlah Engkau hitamkan
mukaku dengan kegelapanMU seperti hitamnya muka musuh-musuhMU”
5.
Ketika
membasuh tangan kanan, bacalah:
“Ya
ALLAH, berikanlah kepadaku catatan amalanku di tangan kananku dan hisablah aku
dengan hisab yg mudah”
6.
Ketika
membasuh tangan kiri pula,bacalah:
“Ya
ALLAH, janganlah Engkau berikan catatan amalanku di tangan kiriku atau daripada
sebelah belakangku”
7.
Ketika
menyapu kepala bacalah:
“Ya
ALLAH, liputilah aku dengan rahmatMU dan kurniakanlah aku berkatMU, dan
naungilh aku di bawah naungan arasyMU di hari yg tidak ada naungan kecuali
hanya naunganMU. Ya ALLAH, haramkanlah rambutku dan kulitmu daripada sentuhan
api neraka”
8.
Ketika
membasuh telinga bacalah:
“Ya
ALLAH, jadikanlah aku hambaMU yg mendengar perkataan yg baik lalu mengikutinya.
Ya ALLAH, perdengarkanlah kepadaku suara pemanggilsyurga di dalam syurga
bersama dengn orang yg baik”
9.
Ketika
membasuh tengkuk bacalah:
“Ya
ALLAH, bebaskanlah tengkokku ini daripada api neraka dan aku berlindung
denganMU daripada segala rantai dan belenggu di dalam api neraka”
10. Ketika membasuh kaki kanan bacalah:
“Ya
ALLAH, tetapkanlah kedua kakiku di atas titian Siratul mustaqim bersama
dengan kaki-kaki hambaMU yg soleh.”
11. Ketika membasuh kaki kiri pula, bacalah:
“Ya ALLAH, aku
berlindung denganMU daripada tergelincir kakiku ke dalam api neraka ketika aku
melalui titian siratul mustaqim. Di mana pd hari itu akan tergelincir kaki-kaki
orang munafik dan musyrik”
-Wassalam-