BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM....
UPDATE BLOG YANG TENGAH BANYAK SAWANG NIE....KALI NIE AKU NAK CITE PASAL TUTTT.......
Cuti-cuti sem ku kali ini banyak ku habiskan
dengan baca novel…hehehe…xtually novel yg ku beli nie guna duit baucer hari
tu..Masa tu tengah berhempas pulas untuk struggle dgn exam …jd time cuti nie
la aku ambik kesempatan baca novel..hehehe
Salah satu novel yg aku baca……..
Nie dia………….
Novel nie best sangat…novel islamik…walaupun org
lain ramai dh baca novel nie, tp xpe heheh…
Nie dy serba sedikit synopsis novel nie…
Fuhh mmg layan….jum baca
ALIFF
FAHMI redha apabila pertunangannya terpaksa diputuskan kerana fitnah yang
melanda. Dia tekad. Dia berhijrah untuk memulakan hidup baru. Namun, belum
sempat dia mengecap kebahagiaan di tempat baru, sekali lagi dia diuji.
Pertemuan dengan Anis membuatkan hidup Aliff Fahmi kacau-bilau. Gadis itu telah
meluahkan rasa hati kepadanya. Kecewa kerana kasihnya ditolak lelaki itu, Anis
nekad mahu membunuh diri. Aliff Fahmi cuba memujuk, tapi tidak diendahkan.
“Ya
ALLAH, jika gadis ini nekad untuk mencabut nyawanya, tolonglah… jadikanlah
sesuatu sebab yang boleh memberikan kesempatan untuk dia bertaubat kepada-MU!”
Itulah doa Aliff Fahmi. Akhirnya dia bersetuju untuk mengahwini Anis.
Perkahwinan
itu bukan sahaja menyelamatkan nyawa Anis, malah megubah diri Anis menjadi
Muslimah sejati. Namun janji ALLAH tidak ada siapa yang dapat menghalangnya.
Anis pergi menghadap ILAHI ketika kandungannya berusia dua bulan.
Aliff
Fahmi berasa kecewa kerana kehilangan insan tersayang. Namun, dia pasrah pada
qadak dan qadar ALLAH. Bagi menenangkan jiwa, dia memilih untuk memunaikan
umrah. Di sana, dia sentiasa teringatkan Isma Humairah, bekas tunangnya.
Bismillahirrahmanirrahim… Dua pasang nama pun diukir di Jabal Rahmah. Namun,
ada jodohkah antara mereka berdua? Hanya ALLAH saja Yang Maha Mengetahui.
SEE?????
Btol kan aku cakap…baca sinopsis pun dh bez
apatah lagi baca isi di dalamnya…terutama apabila menghayati novel ini…
Ok I nak chaw dulu ya…baca novel
Dadadadaaaaaaaaaaaa
No comments:
Post a Comment