`assalamualaikum`
~bismillahirrahmannirrahim~
Jum... ambil masa dalam 3 minit baca informasi ini.. semoga bermanfaat..
1. Do'a wanita lebih makbul
daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu
lebih penyayang daripada Bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.
2. Wanita yang solehah ( baik )
itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang
menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa
menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan
api neraka keatas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa
hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.
6. Barang siapa yang mempunyai
tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan ,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa
serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
7. Dari Aisyah r.a. "Barang
siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat
baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api
neraka."
8. Surga itu di bawah telapak
kaki ibu.
9. Apabila memanggilmu dua orang
ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat
kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga
. Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada
suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit,
matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada
suaminya dan rekannya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya ).
12. Aisyah r.a. berkata " aku
bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?
Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
jawab Rasulullah SAW "Ibunya"
13. Perempuan apabila sembahyang
lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada
suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki
14. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih
dahulu daripada suaminya ( 10,000 tahun )
15. Apabila seorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya.
Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan
darinya 1000 kejahatan.
16. Apabila seorang perempuan
mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang
yang berjihad pada jalan Allah SWT.
17. Apabila seorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan.
18. Apabila telah lahir ( anak )
lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu
kebajikan.
19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT. moga
bermanfaat :)
p/s:
Berbahagialah Menjadi Seorang Wanita Kerana diberi Keistimewaan Oleh Allah.
~ waahu’alam
~